Tuesday, 9 June 2009

selesai sudah tugasan bahasa Melayu

alhamdulillah,

setelah sekian lama bertungkus lumus menyiapkan pembentangan bahasa melayu, pada isnin lepas saya dan ahli kumpulan lain berjaya mempersembahkan sebuah forum ala-ala santai. forum ini dipengerusikan oleh sahabat saya Radzi Tajuddin iaitu salah seorang pedebat UIA yang amat petah berkata-kata. Ahli panelnya pula, Prof.Hafiz, blogger terkenal, Rahimi Rahim, wakil dari ITN, Prof Saifuddin. Manakala watak saya ialah sebagai wakil dari UPM.

Tajuk perbincangan adalah tentang Kerjaya Bahasa Melayu: Mandul Perlu Dibedah? . Forum ini membincangkan tentang status kerjaya bagi jurusan bahasa Melayu yang kian kaku atau beku. Skop yang dibincang adalah lebih menjurus kepada 3 bidang iaitu pendidikan, perkhidmatan dan penyelidikan.Tanggungjawab saya adalah untuk menerangkan tentang ruang kerja yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

Justeru itu, berdasrkan hasil kajian, saya dapati ruang kerjaya bahasa Melayu dalam bidang pendidikan memang cukup meluas. Ini kerana, ia tidaklah terhad hanya di dalam negara sahaja, malahan kerjaya dalam bidang pendidikan mendapat permintaan tinggi di luar negara. Saya cukup yakin dengan penyataan ini kerana mengikut kajian terdapat 300 juta penutur bahasa Melayu di dunia dan ini menyebabkan banyak negara mula mengeksport tenaga pengajar bahasa Melayu dari negara kita untuk mengajar di negara mereka. Oleh yang demikian, secara tidak langsung peluang pekerjaan untuk graduan-graduan bahasa amatlah tinggi dan gajinya pula adalah lumayan.

Dapatlah saya simpulkan di sini bahawa tanggapan mengatakan masa depan para graduan bahasa malap adalah tidak benar sama sekali. Masyarakat haruslah mengikis tanggapan ini dari minda dan pemikiran mereka.

-versi minggu bahasa melayu-

8 comments:

Basuh Baju said...

hahaah aku dah jumpa blog kau..hehe

ckap-cakap manja?

nadia rusli said...

geli...ckp2 manja bersama en. radzi..haha.adakah anda mandul?

fahmi faudzi said...

mandul...ok pe.. yela kite mne de slide show an razi.. skadar forum mandul jek..

nadia rusli said...

alala..KESIAN nyer~~haha...'org' tu dh ade ank 8 thun,korg bile lg??haha...

fahmi faudzi said...

org yang dimaksudkan tu.. saifuddin..atau kata name manjanya.. muso..course bar.. bkenan? tp die da de ank 8 taun a..

nadia rusli said...

berkenan???sape kate berkenan..?

fahmi faudzi said...

mne la taw bekenan ke.. boleh kenalkan...haha

nadia rusli said...

ish ke situ pulak fmi nih.xpe lah, dh kenal dah...haha...