Saturday, 28 March 2009

hari bumi? tutup lampu? kaitan?


” Hari Bumi diwujudkan bagi mewujudkan kesedaran dikalangan penduduk bumi akan pentingnya alam sekitar dalam memastikan bumi yang merupakan tempat tinggal kita ini sihat dan selamat “

Tanggal 28 mac 2009(semalam) merupakan sambutan Hari Bumi yang disambut seluruh dunia yang diadakan setiap tahun. Semua org digesa utk menutup lampu dalam masa 830-930..utk menunjukkan tanda sokongn terhadap kempen ini...Hari Bumi diwujudkan bagi mewujudkan kesedaran dikalangan penduduk bumi akan pentingnya alam sekitar dalam memastikan bumi yang merupakan tempat tinggal kita ini sihat dan selamat. Sempena Hari Bumi ini pelbagai aktiviti diadakan oleh NGO tertentu. Berikut adalah sejarah mengenai Hari Bumi untuk pengetahuan aku dan kamu semua..

“Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, “Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya.” Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.

Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.

Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.”

dari wikipedia

Sekiranya kita tidak mempunyai kelapangan untuk menyertai aktiviti yang diadakan sempena Hari Bumi, kita boleh membuat beberapa perkara di rumah dalam usaha memastikan bumi kita sihat dan selamat.

Global Warming ( Perubahan Cuaca Global ) wujud disebabkan dengan pembebasan karbon dioksida dan gas pemanas yang berleluasa ke udara menyebabkan berlaku penipisan lapisan atmosfera. Selain daripada itu juga, gas ini bertindak memerangkap kepanasan matahari dan menyumbang kepada peningkatan suhu di bumi ini.(hoho soklan final exm utk intro to env. science)

Sebagai seorang penduduk bumi yang menyayangi bumi sebagai tempat tinggal kita. Beberapa langkah yang boleh kita lakukan demi keselesaan kita bersama. Antara aktiviti adalah sepeti berikut.

  • Penggunaan Lampu Jimat Tenaga

Dengan menukar satu mentol lampu biasa kepada tenaga jimat ” energy saving ” mentol dapat(bil pon kurang..pencemaran pon kurang)

mengurangkan 67.5kg karbon dioksida setahun.

  • Kurangkan Penggunaan Kenderaan

Banyakkan berjalan kaki, berbasikal, perkongsian kenderaan atau kenderaan awam.(bersama kita membazirkan lemak!!! katakan tidak pada lemak!!)

  • Banyakkan Kitar Semula

Kenalpasti dan asingkan barangan terbuang yang boleh dikitar semula di mana ia mampu

menjimatkan 1,080kg karbon dioksida.(tong biru utk....er.. tak igt dowh)

  • Pastikan angin tayar kenderaan anda cukup

Dengan memastikan tayar kenderaan anda sentiasa cukup, anda mampu meningkatkan

perjalanan anda sehingga 3%. Setiap 4.4 liter minyak petrol, anda mampu menjimatkan 9kg

pembebasan karbon dioksida ke udara.(angin tyar pon ade kaitan ek)

  • Kurangkan Penggunaan Air Panas

Mengurangkan penggunaan air panas terutama pemanas pancuran mandian dapat jimatkan

penggunaan tenaga.(bukan sejuk mne pon malaysia nih)

  • Tiada Beg Plastik bagi pembelian barangan

Dengan tidak menggunakan plastik untuk hasil pembelian barangan di pasaraya dapat

mengurangkan 540kg.(kurangkan bahan tidak terbiodegrasi)

  • Laras Penggunaan Hawa Dingin

Mengubahkan suhu kepada 2 darjah mampu mengurangkan 900 kg karbon dioksida setahun.

  • Tanam pokok

Setiap pokok mampu menyerap lebih 1,000kg karbon dioksida sepanjang hayat pokok tersebut.

  • Kurangkan Penggunaan Barangan Elektronik

Tutup suis barangan elektronik di rumah anda sekiranya tidak digunakan dimana anda dapat

menjimatkan 1,000kg karbon dioksida setahun.

Jadi, bertindaklah hari ini juga dalam usaha bersama untuk menyelamat bumi kita daripada kemusnahan.ada ayt quran mengatakan..''kemusnahan di bumi ini adalah disebabkan tgn2 manusia itu sendiri''

wallahua'lam...


7 comments:

nadia rusli said...

wah..haha..rajen2..hurm..btol2...pagi td ftn baru thn lori "surat khabar lama"...haha...ntuk kitar semula buku2 lma...dpt rm2...hehe^_-

ibnfaudzi said...

wah bagus2..mcm ni la kite mau!!.. dlu pas spm fmi n membe2 kumpul sme ketas2 latihan...hoho cukup satu van.. dpt la dalam rm 50 kot..

nadia rusli said...

wah..banyaknye..ni dpt sket je..haha..dpt beli aiskrim~ngeh2

ibnfaudzi said...

aiskrim yg jual kat tepi tasek tu eh...aritu x sempat fami nak rase.. tambah2 ujan pulak..

nadia rusli said...

haha...xde rezki namemye tuh..

:: khairi :: said...

famy..yg len aku stuju,cume bab krgkn air panas aku x stuju..gile kau,kang jd ais...ha3~

fahmi faudzi said...

aah la kai.. korang air mcm ape ...mcm air sejuk... ngee seb bek akumentabahkan diri utk mandi dulu.. kalau tak mau jd kambing jordan...haha